DR G PENANG

Mengapa kita sulit menurunkan berat badan

Stress

Bukan perkara yang remeh, stress juga boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan menyukarkan penurunan berat badan dalam kita tidak sedar.

Faktor ini mengganggu kelancaran diet anda akibat dari hormon kortisol yang merangsang rasa lapar dan meningkatkan nafsu makan anda.

Pastikarn badan dalam keadaan yang baik dan kadar hormon yang stabil jika anda ingin memulakan penurunan berat badan anda.

Kurang Tidor

Tidur adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan badan anda. Kurang tidur dapat mengakibatkan rasa lapar, letih, lesu, dan malas untuk bersukan.

Jika anda mengalami masalah tidur yang teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan faktor ini menggangu tugas harian anda.

Penggunaan Ubat-Ubatan

Kebanyakan ubat-ubatan telah dikenalpasti boleh mengakibatkan peningkatan berat badan kepada pengguna.

Jika salah satu kesan sampingan ubat yang anda ambil adalah peningkatan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk bertanya jika ada ubat pilihan lain yang tidak memberi kesan sampingan seperti tersebut.

Jika berat badan masih susah turun walaupun sudah bertukar ubat, kemungkinan reaksi badan terhadap ubat adalah berbeza dengan kebiasaan, segera berjumpa dengan doktor.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.

×

Hello!

Chat with our representatives below to make appointment on WhatsApp.

×